Dalam kebimbangan masyarakat menghadapi pandemik COVID-19, ada juga di antara mereka yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang cuba menghadapi hidup dalam normal baharu dengan sebaik mungkin.
Perkhidmatan membeli barang dapur atas talian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, namun bukan semuanya jujur berniaga. Baru-baru ini, Free Malaysia Today (FMT) melaporkan kisah seorang pengguna yang telah tertipu setelah membeli barangan daripada seorang peniaga atas talian di Facebook.
Elaine (bukan nama sebenar) telah kehilangan wang sebanyak ratusan ringgit setelah membayar barangan yang sehingga kini tidak kunjung tiba. Menurutnya, selepas wang di bayar dan menghantar bukti pembayaran kepada individu berkenaan, nombor telefonnya telah disekat keesokan harinya.
Kisah Elaine bukanlah satu-satunya kisah pengguna yang ditipu oleh ‘scammers’ atau penipu di media sosial terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Saya cuba untuk tidak keluar dari rumah ketika PKP dijalankan. Jadi, apabila akaun Facebook itu menawarkan perkhidmatan penghantaran dan harga barangan yang cukup murah, saya merasakan ia satu pilihan yang memudahkan,” katanya kepada FMT.
Setelah menyedari dirinya telah tertipu, Elaine telah membuat aduan di akaun Facebook tersebut tentang servis mereka sambil memberi amaran kepada pembeli-pembeli yang lain. Walau bagaimanapun, komen tersebut telah dipadamkan oleh admin akaun tersebut.
“Saya masih belum membuat aduan ke pihak berkuasa, tetapi saya percaya ramai yang senasib. Mungkin pada mereka, ianya tidak berbaloi walaupun kehilangan beberapa ratus ringgit tetapi dengan ketibaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, saya percaya lebih ramai yang akan tertipu,” katanya lagi.
Seorang lagi mangsa memberitahu FMT yang dia ‘menjumpai’ perniagaan hasil laut atas talian tersebut menerusi iklan-iklan yang dipaparkan oleh Facebook. Walaupun hanya kerugian RM100, pembeli tersebut telah belajar daripada kesilapannya dan hanya akan membeli barangan dari peniaga yang dipercayai sahaja di masa hadapan.
“Saya percaya peniaga tersebut kemungkinan mempunyai beberapa perniagaan di Facebook yang menggunakan nama yang berlainan tetapi mempunyai akaun bank yang sama. Saya selalunya tidak menyiasat terlebih dahulunya kerana ia tidak menimbulkan keraguan dan saya sudah biasa membeli barang atas talian,” katanya.
Dalam pada itu, presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader berkata memandangkan dunia digital bersifat pantas, ini menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejaki sindiket penipuan di media sosial.
“Ia amat sukar untuk memerhatikan perniagaan atas talian. Walaupun laman berdaftar seperti Lazada dan Shopee, orang ramai masih boleh tertipu atau terpedaya, membeli barangan yang berkualiti rendah,” katanya.
Tambahnya lagi, pengguna boleh membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi ia mungkin memakan masa yang Panjang. Oleh itu, pengguna haruslah mempelajari untuk menjadi celik IT untuk masa akan datang.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang mengambil inisiatif untuk mencari rezeki dengan berniaga di atas talian terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu apabila berdepan dengan pandemik. Walau bagaimanapun, memang ada di antara mereka yang akan mengambil kesempatan terhadap orang lain lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana pergerakan agak terbatas sejak PKP dilaksanakan.
Apa-apa pun, jadilah pengguna yang bijak dan belilah dengan peniaga atas talian yang dikenali atau mempunyai reputasi yang tidak menimbulkan keraguan. Jangan gusar dan pening kepala…Gogopasar kan ada! Mari membeli tanpa was-was dengan Gogopasar. Mudah, segar dan murah! Lawati laman sesawang www.gogopasar.com sekarang atau muat turun aplikasi kami di Google Playstore hari ini.
Kredit: Free Malaysia Today, Kredit foto: Free Malaysia Today