Resepi Ayam Goreng Sambal Hijau

Ayam Cili Hijau

Resipi Ayam Goreng Sambal Hijau.

Who doesn’t enjoy the spicy side of life? Masakan yang mengguna sambal cili hijau ni biasanya kesukaan semua orang.

Resepi ni masakan asli dari Johor memang bertambah kalau mak kita masak.

Resepi yang senang diikut dan cuba masak untuk family. Suami dan anak-anak boleh tambah dua pinggan. Kalau ada anak kecil maybe mama boleh kurangkan sedikit pedas.

Bahagikan dua bahan A dan bahan B. Bahan B boleh dikisar kasar-kasar sahaja.

Barang-barang yang diperlukan

Bahan A

6 ketul ayam

2 batang serai|diketuk

1 labu bawang besar |hiris kasar

2 biji limau kasturi

Minyak masak

Serbuk kunyit

Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)

7 biji cili hijau

7 biji cili api hijau

5 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam dulu sehingga luarnya garing.
  2. Tumis bahan B dan masukan serai yang dititik.
  3. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung/kurangmasak cili nanti sakit perut pulak! Jangan guna api yang kuat pastikan api dalam keaadaan sederhana.
  4. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air, ingat jangan letak banyak-banyak. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tambahkan garam/gula sebagai perasa. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
  5. Masukkan bawang besar holland yang dihiris dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

Senang kan resepi ayam goreng sambal hijau ni? Cuba tau! Nak lebih senang cari barang dapur, beli je bahan-bahan untuk resepi ini di www.gogopasar.com atau muat turun aplikasi Gogopasar di Google Playstore hari ini! Daftarlah dengan Gogopasar untuk dapatkan promo terbaru dari kami. Selamat mencuba !!!!

Ayam Cili Hijau