Resipi Pulut Durian ala Kelate ini confirm terangkat.
Ditambahkan lagi dengan pulut yang berlemak, kalau di Kelantan ia dipanggil Kepala Santan, ianya memang sangat sedap.
Resipi ini senang sahaja, cubit isi durian dan makan dengan pulut. Nak lebih sedap makan sahaja dengan nasi panas dan lauk.
Cara penyediaannya sama dengan pulut mangga, cuma beza hanya gantikan buah mangga dengan isi durian.

Bahan-bahan :
Durian segar atau beku
Santan Kotak
Daun Pandan
Pulut Kukus
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan (carik dan ikat)
Langkah Membuat:
1-Tos pulut dan masukkan dalam pengukus.
2-Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
3-Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata.
4-Tuang santan sedikit-sedikit sehingga pulut lembut.
5-Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak.
Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung – larutkan dgn sedikit air
Cara-cara penyediaan:
1- Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
2- Masak sehingga mendidih.
3- Masukkan tepung jagung dan terus gaul/kacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang sesuai dengan selera anda. Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat mengimbangi rasa manis isi durian dan pulut.
Nak cuba resipi ini dengan Musang King segar atau beku? Dapatkan dari kami di www.gogopasar.com atau muat turun aplikasi Gogopasar kami di Google Playstore untuk pengalaman membeli-belah mudah.
Lindungi diri anda daripada COVID-19 dengan duduk di rumah, kekal selamat, dan tingkatkan imuniti anda dengan memakan makanan sihat.
Layari Instagram kami untuk promosi terkini .
Buat pesanan sebelum pukul 10 pagi untuk penghantaran pada hari sama. Pesanan selepas 10 pagi akan dihantar pada hari bekerja berikutnya.