Serius tertelan air liur bila tengok masakan ala Thai ini.
Pastinya kalau tak de idea nak masak kerang, cara ini serious sedap, kena cube tau. Gerenti tak kecewa.
Ianya pedas-pedas masam-masam manis- kalau tak sedar diri boleh meratah sampai habis.
Memang resepi ini viral seketika pada tahun lalu, tetapi masakan ini sungguh enak sampai boleh dikatakan adalah klasik kerang dish di negara Siam.
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk perjalanan mu ke dunia kenikmatan.

Barangan dapur yang diperlukan:
Kerang 500gm
Bawang putih 3 biji
Cili api 3 biji
Cili biasa hijau 2 biji
Sedikit air
Limau nipis 1
Langkah:
1-Basuhkan kerang dulu sampai bersih kemudian didihkan dengan air
2-Bila semua kerang terbuka, masukkan ke dalam air sejuk
3-Kupaskan kulit kerang , dan tinggalkan sebelah sahaja
4-Ketepikan dulu dan buat Sos
5-Kisar 3 bawang putih, 3 cili api, 2 akar ketumbar
6-Tumiskan semua sampai bau sedap keluar dan minyak pecah
7-Tambahkan dua sudu makan setiap sos ini: Sos tiram, sos cili thai, sos ikan, air sikit
8-Didihkan sekejap, lepas tu perahkan limau nipis
9- Masukkan kerang dan gaul.
10-Taburkan daun ketumbar. Ianya sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba!
Belikan kerang fresh dari Gogopasar aje. Sekarang ade Pay Day Sales yang amat berbaloi. Tunggu apa lagi? Jom online shopping.