Alhamdulillah! Bulan Ramadan yang mulia sudah hampir tiba, kami pasti anda sudah tidak sabar untuk berpuasa dan memperbanyakkan amalan ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.
Dalam kita bergembira untuk menyambut Ramadan kali ini, pelbagai persiapan perlu dilakukan, terutama sekali persiapan untuk sahur dan berbuka puasa. Setiap barangan di dapur perlu dibeli lebih awal. Bukan itu sahaja, anda juga perlu ada senarai menu makanan yang berkhasiat untuk kekal segar selama lebih 12 jam berpuasa.
Kami di Gogopasar ingin berkongsi dengan anda 10 barangan wajib ada di dapur anda sebelum tibanya bulan Ramadan:
1. Buah Kurma

Sebagai umat Islam, kita disunnahkan untuk mulakan buka puasa dengan memakan kurma. Dengan memakan kurma, kita dapat mengelakkan masalah-masalah seperti sakit kepala, tekanan darah rendah, kekurangan tenaga yang boleh membuat kita kurang fokus pada waktu bekerja terutama sekali semasa berpuasa.
2. Susu Segar

Susu mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi. Kalsium zat paling penting untuk tulang manakala protein memberi tenaga untuk anda kekal bertenaga ketika menjalani ibadah puasa.
3. Daging

Makanan berasaskan protein boleh membantu anda kekal segar dan lebih aktif sepanjang hari. Ia juga makanan yang mengambil masa lebih lama untuk hadam dan anda akan merasa kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang.
4. Tembikai

Selepas seharian berpuasa, tubuh kita akan kekurangan glukosa. Untuk mengembalikan glukosa ke tahap normal, kita boleh minum jus buah tembikai yang segar dan bukan daripada kordial sebelum menjamah makanan berbuka. Air tembikai yang segar juga boleh menghidrat dan mengembalikan elektrolit yang hilang di siang hari. Ia sumber serat tinggi, kaya dengan air (90 peratus) dan bagus untuk yang berpuasa kerana membantu menghilangkan sakit perut dan gastrik.
5. Bijirin Oat

Makanan berkanji dan berserat tinggi ini boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Bijirin oat boleh membantu kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang lebih panjang. Karbohidrat kompleks dalam makanan kuat serat seperti oat adalah pilihan yang bagus untuk tenaga yang mampu meningkatkan tumpuan dan mengawal emosi kita sepanjang hari.
6. Udang

Udang adalah sumber lemak Omega-3 yang membolehkan kadar kolesterol menurun, meningkatkan aliran hempedu dan hati. Udang juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu menurunkan berat badan.
7. Santan Kelapa

Khasiat menggunakan santan dalam masakan pada waktu berbuka puasa dan bersahur boleh menyihatkan. Santan juga dapat mencegah pelbagai penyakit, mengawal berat badan serta merupakan sumber vitamin, lemak dan mineral yang baik.
8. Pisang

Sebiji pisang boleh membantu dalam menstabilkan tahap asid di dalam perut dan mengurangkan gejala pedih ulu hati. Selain itu, buah ini juga mampu membantu mengekalkan keseimbangan air dalam badan yang boleh mengurangkan sembelit dan mendetoksifikasi badan menjadikan kita rasa lebih cergas dan kenyang lebih lama semasa berpuasa.
9. Telur

Telur senang dan cepat untuk dimasak serta mengandungi khasiat yang boleh mengekalkan tenaga yang optimum semasa berpuasa. Ianya meningkatkan metabolisma, membuat perut rasa kenyang dan membantu kita ketahanan lama walaupun bekerja kuat sambil berpuasa.
10. Susu Kacang

Susu kacang bukan sahaja mengandungi protein tinggi, malah merupakan sumber kalsium yang menguatkan tulang serta memberi kesan penghidratan yang mampu memberi tenaga semasa berpuasa. Susu kacang soya ataupun kacang badam adalah antara pilihan terbagus susu kacang yang menguatkan.
Kesimpulan
Ada banyak makanan sihat yang boleh dimakan sepanjang Ramadan, namun yang paling penting adalah mengetahui apa makanan terbaik yang boleh dimakan dan membawa banyak manfaat yang sihat dan memberi tenaga agar anda sentiasa bertenaga sewaktu berpuasa untuk sebulan.
Dengan kesempatan ini, Gogopasar ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga anda sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna sepanjang bulan Ramadan ini.
Dapatkan bekalan harian sama ada di website Gogopasar atau kunjungi lokasi kami di Selayang. Bagi yang membeli atas talian, dapatlah penghantaran percuma dengan pembelian RM50 ke atas.
Gogopasar sentiasa menemani anda untuk menyempurnakan nikmat bulan yang bermakna ini.