Pernahkah anda makan sahur sehingga kenyang dengan nasi, dan pagi-pagi perut anda berbunyi kerana lapar? Untuk kuat berpuasa, sesungguhnya kita harus menitikberatkan niat puasa untuk ibadah. Selain itu, kita juga disunnahkan untuk bersahur, kerana selain dapat pahala, ia juga sangat membantu kita untuk kekal cergas dan berpuasa sepanjang hari.
Jika selama ini kita bersahur makan nasi tetapi sebenarnya kita rasa cepat dan mudah lapar, sudah tiba masanya kita menyusun semula corak pemakanan kita. Lebih baik elakkan nasi, mee, kentang dan roti ketika bersahur. Menurut doktor pakar pemakanan, makanan karbohidrat ini boleh membuatkan kita berasa kenyang serta-merta, tetapi ia juga membuatkan kita mudah lapar.
Berikut adalah petua lain yang boleh kita cuba untuk makan sahur tanpa nasi yang boleh mengenyangkan kita lebih lama.
1-Menu Sahur Mestilah Tinggi Protein

Sumber protein haiwan lebih diutamakan. Contohnya, kita boleh makan telur , daging atau ikan untuk bersahur. Pengambilan sup tulang rusuk semasa sahur juga disyorkan untuk menggantikan cecair badan. Untuk sumber karbohidrat, anda boleh memilih brokoli, lobak merah, kekacang, taugeh, atau bayam. Cuba makanan yang tinggi protein tetapi rendah karbohidrat.
2- Elakkan Minuman Bergula

Jus buah-buahan dengan pemanis tambahan atau gula juga harus dielakkan. Teh manis atau minuman ringan hanya akan menyebabkan lonjakan gula dalam darah yang tidak baik untuk badan. Gunalah sumber gula semulajadi seperti kismis, madu tulen atau buah kurma yang tidak akan cepatkan kenaikkan tahap gula tetapi mengambil masa lama untuk menghadam dan memberi tenaga secara bertahap.
3- Menu Sahur Patut Mengandungi Lemak

Buah avokado juga elok dimakan pada waktu sahur. Makan makanan yang mengandungi lemak juga dibenarkan kerana sifat pelepasan glukosa daripada lemak adalah sangat lambat sehingga dapat memastikan badan kita sentiasa bertenaga sehingga tiba waktu berbuka.
4- Menu Sahur Patut Mengandungi Serat Tinggi

Bijirin oat serta buah-buahan seperti epal dan pear cukup sesuai dimakan pada waktu sahur. Kandungan seratnya bagus untuk badan dan kandungan gula tidak terlalu tinggi. Kunyah perlahan-lahan setiap gigitan buah supaya dapat dihadam dengan lebih optimum. Makan buahan-buahan tinggi serat sebelum makanan protein juga sangat disyorkan.
Kesimpulan
Tanpa nasi di waktu sahur, kita masih boleh bertenaga dan tidak mudah lapar ketika berpuasa sehingga tiba waktu berbuka. Semoga maklumat dan tips di atas dapat menjadi rujukan berguna untuk menjalankan ibadah di bulan Ramadhan dengan lebih lancar. Insya Allah.
Nak beli makanan berprotein tinggi, bergula semulajadi, berlemak bagus dan berserat tinggi untuk sahur dan berbuka? Dapatkan dari kami di www.gogopasar.com atau muat turun aplikasi Gogopasar kami di Google Playstore untuk pengalaman membeli-belah mudah.
Lindungi diri anda daripada COVID-19 dengan duduk di rumah, kekal selamat, dan tingkatkan imuniti anda dengan memakan makanan segar.
Layari Instagram kami untuk promosi terkini .Buat pesanan sebelum pukul 10 pagi untuk penghantaran percuma pada hari sama. Pesanan selepas 10 pagi akan dihantar pada hari bekerja berikutnya.