Berapa banyak air yang anda minum hari ini?
Mengekalkan kelembapan badan akan mengelakkan timbulnya masalah dalam badan, terutamanya kerana peranannya yang sangat penting untuk kesihatan.
Selain untuk kesihatan, ternyata minum air yang cukup juga membawa manfaat untuk kecantikan juga! Dengan minum air yang mencukupi setiap hari, kita pun boleh mengekalkan kulit yang sihat dari dalam.
Malah, kulit adalah organ terbesar badan yang kebanyakannya terdiri daripada air. Jadi jika badan kita kekurangan pengambilan cecair, maka kulit tidak dapat berfungsi dengan baik. Kulit akan menjadi kering, bersisik, dan terdedah kepada penuaan pramatang.
Walaubagaimanapun, minum banyak air tak bermakna tak perlu pakai skincare ataupun bersenam secara konsisten. Penggunaan penjagaan kulit ditambahkan dengan pengambilan cecair yang mencukupi dan gaya hidup sihat pastinya boleh membuatkan anda mendapat kulit yang sihat berseri dengan lebih cepat.
Di bawah ini, kami telah merumuskan beberapa manfaat air minuman untuk kecantikan yang perlu anda ketahui.
1. Meratakan tona kulit

Minum air yang mencukupi membantu badan anda menyingkirkan toksin sambil meningkatkan kesihatan kulit. Dalam satu kajian, didapati meminum dua cawan air boleh meningkatkan aliran darah ke kulit sehingga tona kulit menjadi lebih sekata.
Walaupun tidak banyak kajian membuktikan perkara ini, meningkatkan jumlah air yang diambil setiap hari dipercayai dapat menjadikan kulit kelihatan lebih segar dan mempunyai warna yang lebih sekata.
2. Mengekalkan kelembapan kulit

Sebenarnya, tiada kajian yang membuktikan meminum banyak air boleh melembapkan kulit anda. Jika pengambilan cecair badan anda telah mencukupi, minum banyak air tidak akan memberikan kelembapan tambahan kepada kulit anda. Cuma badan yang dehidrasi akan membuatkan kulit anda kering.
Pakar dermatologi berkata bahawa penghidratan kulit adalah cerminan penghidratan badan secara menyeluruh. Jika seseorang mengalami dehidrasi, air yang kekurangan dipindahkan ke kulit daripada peredaran menjadikan kulit boleh menjadi kering.
Lapisan paling luar kulit yang dipanggil stratum corneum adalah membran yang berperanan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Membran ini berfungsi dengan menarik cecair dari aliran darah dalam kapilari kulit.
Apabila anda mengalami dehidrasi, sudah tentu, lebih sedikit cecair yang dipindahkan ke kulit. Sebab itu, pastikan minum air cukup-cukup.
3. Mencegah penuaan kulit

Selaras dengan perkara di atas, kulit kering seiring dengan pengurangan keanjalan pada kulit anda. Satu kebaikan minum air untuk kecantikan ialah mencegah penuaan kulit pramatang.
Kulit yang terhidrat akan menjadi lebih tegang dan anjal, kerana ia mengikat cecair yang mencukupi. Semakin anjal kulit anda, semakin kurang risiko garis halus dan kedutan yang akan muncul.
4. Mengurangkan bengkak pada muka

Adakah muka anda bengkak apabila anda bangun? Penyebab yang paling biasa adalah kerana badan anda menakung air. Ini dilakukan sebagai tindak balas perlindungan badan supaya anda tidak mengalami dehidrasi. Apabila anda mengalami dehidrasi, sel-sel badan anda menyerap cecair badan dan mengekalkannya, yang menyebabkan bengkak.
Jangna risau! Selepas minum air yang mencukupi, sel-sel badan akan mengeluarkan cecair yang disimpan supaya bengkak berkurangan. Oleh itu, pastikan sentiasa minum air yang mencukupi.
5. Menghalang kemunculan jerawat

Toksin tertentu yang terdapat dalam badan anda boleh menyumbat pori-pori yang menyebabkan masalah seperti jerawat. Dengan minum lebih banyak air, anda boleh mengelakkan jerawat ini daripada muncul.
Minum air sebelum tidur juga bermanfaat untuk kecantikan, kerana ia membantu proses detoksifikasi badan semasa anda tidur. Air dalam badan memainkan peranan dalam mengeluarkan sisa toksik daripada badan dalam darah, dan juga membantu mengekalkan kulit anda terhidrat. Semakin terhidrat anda, semakin kurang pori tersumbat.
6. Mengimbangkan pH kulit

Satu lagi kebaikan minum air untuk kecantikan ialah mengekalkan pH kulit. Kulit bermasalah selalunya timbul dari pH yang tidak seimbang. Minum lebih banyak air boleh membantu mengimbangi tahap pH kulit anda, yang memastikan kulit anda sihat dan bercahaya.
7. Menyembuhkan kulit lebih cepat

Adakah kulit anda terbakar matahari? Selain penjagaan kulit, anda boleh mempercepatkan penyembuhan selaran matahari dengan meminum lebih banyak air. Kerana kulit yang terbakar kehilangan banyak cecair, minum banyak air boleh membantu kulit menambah cecair yang hilang di kawasan yang terbakar.
Itulah antara kebaikan air untuk kecantikan. Oleh itu, pastikan sentiasa minum lapan gelas air setiap hari. Selain minum air, penuhi juga pemakanan makanan segar dan berkhasiat untuk kulit dan badan yang sihat.
Nak dapatkan barangan dapur secara mudah dalam talian dengan penghantaran percuma? Dapatkan dari kami di www.gogopasar.com atau muat turun aplikasi Gogopasar kami di Google Playstore untuk pengalaman membeli-belah mudah.
Lindungi diri anda daripada COVID-19 dengan duduk di rumah, kekal selamat, dan tingkatkan imuniti anda dengan memakan makanan segar.
Layari Instagram kami untuk promosi terkini. Buat pesanan sebelum pukul 10 pagi untuk penghantaran percuma pada hari sama. Pesanan selepas 10 pagi akan dihantar pada hari bekerja berikutnya.